Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

15 Nov 2015

Kisah konvo

Sekarang musim konvo dari Tadika sampai lah ke Uni.

Kadangkala timbul iri dalam hati bila melihat berbondong-bondong sanak kluarga menghadiri konvokesyen. Sebab konvo hana tak pernah berlangsung seperti itu. 


Jealous sebab dulu tadika takda konvo. Habis form5 pun xde konvo macam bdak sekarang. 

Habis diploma konvo tapi pergi seorang diri sebab time tu macam lost. Dah sambg degree lgpn time tu. Gambar memang xde sekeping pun. Pi konvo tumpang kawan. Thanks acong.


Masa konvo degree baru masuk kerja dgn company penjajah. So boleh unpaid leave sehari je. Time ni budget ciput pastu baru kawen lak. Gaji pun x dapat lagi. So memang sengkek habis sampai pesan dengan suami jangan beli bunga langsung. Ambil gambar pinjam bunga member. Tq charlie. 

So hopefully for master can graduate on time. Please pray for me. Semoga perjuangan Hana dan rakan2 dipermudahkan. Ye tanpa kesusahan tiada manisnya untuk dikenang kembali. Harap dapat sarung jubah dengan tenang tahun depan. 


Bila toleh kebelakang banyak duri dan ranjau yang telah dilalui. Atas kasih sayang Allah jiwa survivor hana sangat tinggi. Syukur dikelilingi dengan orang yang sentiasa membantu. Semoga Allah balas jasa baik semua orang yang penah menghulur bantuan sepanjang tempoh hana belajar. Kalau tidak mana mungkin Hana berada pada tahap ini.

#sayabukanpelajarcemerlang
#sayabukananakorangsenang

P/s: gambar tu konvokesyen sepupu  suami, Adib. Mereka datang dari Perak dan menginap dirumah kami. Untung Adib walaupun tak semua keluarga datang tapi mak ayah ada memberi sokongan itu dah cukup bermakna.

Wish Adib dapat sambung degree pula.

No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno