Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

15 Nov 2015

Tahniah Mohd Alif

14hb November 2015

Sedih tidak dapat hadir majlis pernikahan alif dan sakinah. Alif sepupu suami Hana dah anggap macam adik sendiri. Lebih sedih lagi bila mak jang msg, ang x mai ka? 😭😭😭😭

Bukan x nak mai tapi ada kelas. Kelas pengurusan ko-kurikulum kena menguruskan bengkel kompang di Rengit. Program dijangka habis jam 2.30ptg dari jam 7 pagi. Maka memang tak sempat nak pergi Mantin.

Nak excuse pun x boleh sebab lecturer tu kekwat. Mak kawan Hana meninggal pun dia bagi pilihan kalau tak hadir hilang 20 peratus. So kalau setakat majlis kahwin lagi la dia tak layan. InshaAllah kak Hana datang awl sebelum 21 Nov untuk majlis di Sg Buloh.

Menghilang rasa sedih di hati dengan menatap gambar yang dikongsi dalam group whatsapp family.


Tahniah alif dan akeen. Pasangan yang sangat ideal dan sentiasa sedap dipandang. Semoga hidup Alif dilimpahi rahmah mawaddah sakinanh sepanjang hayat.

Secara personally, Alif adalah insan yang disenangi oleh semua orang. Dia sangat moderate dalam semua perkara. Hana sangat adorable Alif ni. Sampaikan cakap dengan suami, kalau Allah izinkan kita ada anak, Hana harap dia seperti Mohd Alif Abu Samah. 

Hana Syed




Kisah konvo

Sekarang musim konvo dari Tadika sampai lah ke Uni.

Kadangkala timbul iri dalam hati bila melihat berbondong-bondong sanak kluarga menghadiri konvokesyen. Sebab konvo hana tak pernah berlangsung seperti itu. 


Jealous sebab dulu tadika takda konvo. Habis form5 pun xde konvo macam bdak sekarang. 

Habis diploma konvo tapi pergi seorang diri sebab time tu macam lost. Dah sambg degree lgpn time tu. Gambar memang xde sekeping pun. Pi konvo tumpang kawan. Thanks acong.


Masa konvo degree baru masuk kerja dgn company penjajah. So boleh unpaid leave sehari je. Time ni budget ciput pastu baru kawen lak. Gaji pun x dapat lagi. So memang sengkek habis sampai pesan dengan suami jangan beli bunga langsung. Ambil gambar pinjam bunga member. Tq charlie. 

So hopefully for master can graduate on time. Please pray for me. Semoga perjuangan Hana dan rakan2 dipermudahkan. Ye tanpa kesusahan tiada manisnya untuk dikenang kembali. Harap dapat sarung jubah dengan tenang tahun depan. 


Bila toleh kebelakang banyak duri dan ranjau yang telah dilalui. Atas kasih sayang Allah jiwa survivor hana sangat tinggi. Syukur dikelilingi dengan orang yang sentiasa membantu. Semoga Allah balas jasa baik semua orang yang penah menghulur bantuan sepanjang tempoh hana belajar. Kalau tidak mana mungkin Hana berada pada tahap ini.

#sayabukanpelajarcemerlang
#sayabukananakorangsenang

P/s: gambar tu konvokesyen sepupu  suami, Adib. Mereka datang dari Perak dan menginap dirumah kami. Untung Adib walaupun tak semua keluarga datang tapi mak ayah ada memberi sokongan itu dah cukup bermakna.

Wish Adib dapat sambung degree pula.

14 Sep 2015

Badan Manusia Terdiri Drpd PROTEIN

Korang Tau Tak?

25% badan terdiri daripada protein. Maka pastikan sumber protein pilihan anda adalah yang terbaik.

Sumber protein utama Hana ambil adalah ikan. Namun kesegaran ikan dan cara memasak akan menjejaskan nilai protein yg mampu diserap oleh tubuh.

Maka Hana penuhi keperluan protein dengan supplement Energizing Soy Protein (ESP) non GMO. Korang bagaimana?



Coordinator Hana Syed
0126493489 | SID 852746
hanasyed.blogspot.com
#bazarhanania #bazarpaknil #sayajualshaklee #sayajual #sid #pasirgudang #shakleejb #kttshaklee #korangtautak #shaklee #vitaminmurah

21 Aug 2015

Cara Mudah SImpan Duit Pergi Haji atau Umrah

Assalamualaikum hari ini Hana nak berkongsi Cara mudah simpan duit pergi haji atau umrah. Actually bukanlah cara mudah tapi pengiraan mudah untuk simpan duit.

Saudara/i boleh la rujuk gambar di bawah. Mengikut jadual tu, simpan duit RM500 sebulan di tabung haji dengan kadar dividen 6% selama 20 tahun akan mendapat sehingga RM200k. Nilai ini dapat diperolehi jika tiada sebarang pengeluaran. Tak kisah lah tujuan simpanan untuk apa sekali pun.

RM500 sebulan tanpa pengeluaran.
Fokus Hana bukan nak dapat RM200k dan Hana bukan lah sabar nak tunggu 20 tahun baru nak keluarkan duit. Hana fokus untuk simpanan pergi Haji dan Umrah dalam masa 4 tahun. Kalau ikut table itu simpanan selama 3 tahun dah cukup untuk pergi haji. Itu kalau simpan rm500. Kalau rasa berat simpanlah ikut kemampuan. Yang penting disiplin jangan cuba nak korek masa sesak. Duit tabung haji kalau dah masuk tiada istilah sesak dah. Kalau sesak mcm mana sekalipun jangan dikeluarkan.

Mungkin ramai yang takut nak potong gaji sebab takut tak cukup. Hana pun macam tu juga. Tapi inshaAllah bila kita ikhlas niat nak menunaikan rukun islam ke5 pasti Allah akan cukupkan.

Jom isi borang potong tabung haji! Terima kasih pada En Azwan yang berkongsi idea ini.

p/s: istimewa bulan ini semua produk shaklee ada diskaun istimewa.





© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno