Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

21 Aug 2015

Cara Mudah SImpan Duit Pergi Haji atau Umrah

Assalamualaikum hari ini Hana nak berkongsi Cara mudah simpan duit pergi haji atau umrah. Actually bukanlah cara mudah tapi pengiraan mudah untuk simpan duit.

Saudara/i boleh la rujuk gambar di bawah. Mengikut jadual tu, simpan duit RM500 sebulan di tabung haji dengan kadar dividen 6% selama 20 tahun akan mendapat sehingga RM200k. Nilai ini dapat diperolehi jika tiada sebarang pengeluaran. Tak kisah lah tujuan simpanan untuk apa sekali pun.

RM500 sebulan tanpa pengeluaran.
Fokus Hana bukan nak dapat RM200k dan Hana bukan lah sabar nak tunggu 20 tahun baru nak keluarkan duit. Hana fokus untuk simpanan pergi Haji dan Umrah dalam masa 4 tahun. Kalau ikut table itu simpanan selama 3 tahun dah cukup untuk pergi haji. Itu kalau simpan rm500. Kalau rasa berat simpanlah ikut kemampuan. Yang penting disiplin jangan cuba nak korek masa sesak. Duit tabung haji kalau dah masuk tiada istilah sesak dah. Kalau sesak mcm mana sekalipun jangan dikeluarkan.

Mungkin ramai yang takut nak potong gaji sebab takut tak cukup. Hana pun macam tu juga. Tapi inshaAllah bila kita ikhlas niat nak menunaikan rukun islam ke5 pasti Allah akan cukupkan.

Jom isi borang potong tabung haji! Terima kasih pada En Azwan yang berkongsi idea ini.

p/s: istimewa bulan ini semua produk shaklee ada diskaun istimewa.





1 comment:

nurul harnani kasmari said...

Alhamdulillah. Mmg tercaru2 mcmne cara nk kumpul duit. Good tips to u n encik azwan.

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno