RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.
Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.
Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.
Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.
oleh:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mengikut pengalaman Hana sendiri, pada awalnya Hana mengalami kesakitan sendi di mana sukar untuk membongkokkan badan, pergerakan solat semua terbatas. Tidak boleh rukuk dan sujud. Solat pun duduk. Lebih menyukarkan nak pakai bra sendiri pun tak boleh begitu juga dengan seluar dalam. Masa tu baru sedar besarnya nikmat sihat yang Allah beri selama ini. Nampak simple je kan setakat nak pakai bra ngan panties waktu sihat bukan lah perkara besar pun..
Masa ni sedang belajar di UTHM, maka pergi PKU UTHM dan Dr. Saidatun (masa tula tahun 2007) cadang buat ujian darah bagi arthritis dan gout. Namun sebab kakak Hana juga SLE minta adakan ujian SLE jg. Dan selepas keputusan ujian keluar memang SLE positif. Dari situlah bermulanya episod SLE.
Namun Alhamdulillah dapat kesan awal jadi Hana taklah kritikal sangat..
Jika ada yang ingin berkongsi pengalaman mengenai SLE boleh hubungi Hana. In sha Allah Hana akan berkongsi lagi di entry lain.

No comments:
Post a Comment