Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

22 Oct 2013

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT 

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan
faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrol bagi menurunkan kandungan kolestrol dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.
Tumbuhan Sterol


2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.
Bijirin Oat


3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.
Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3  yg kaya dgn DHA dan EPA 


4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Boleh dapat kat tesco atau kedai2 produk organik


Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrol yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor.

No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno