Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

9 Jul 2014

DESIGN KEMATIAN DAN SYURGA KITA

Designs Homes #5

Assalamualaikum,
Sabtu lalu kita dikhabarkan dengan kematian Datuk Sharifah Aini. Dalam bicara terhakhir beliau bersama Prof Muhaya dalam rancangan celik hati. Dalam rancangan ini Prof memuji arwah kerana berjaya Design Kematian yang diinginkan. Menurut Prof Muhaya bukan baju sahaja yang perlu di 'design' tapi kematian juga perlu di 'design' sebagai tanda kita bersedia.

Part ini membuatkan Hana tersentak. Ya perlu design kematian kita. Bagaimana kita mahu pengakhiran kita, kita yang tentu kan sendiri. sebelum ini Hana pernah dengar perkongsian Dato' Azizan Othman (DAO) yang merancang kematian beliau.

Tiada Tahlil Arwah Untuk Sharifah Aini, Akaun FB Ditutup

Kemudian semalam Hana menonton di TV9, 1 Jam bersama Ustaz Don. Beliau dijemput ketika Festival Hijabista KLyang lepas. Dalam rancangan itu, beliau menceritakan kisah Nabi Uzair yang dimatikan selama 100 tahun dan dihidupkan kembali oleh Allah s.w.t sebagai tanda kekuasaanNya. Beliau menyatakan Syurga kita perlu di'design'. Kita boleh lukis syurga seperti yang kita mahu.

Dakwat-dakwat untuk melukis syurga kita bergantung kepada amalan yang kita lakukan di dunia ini. Oleh kerana syurga mengikut design yang kita mahu, maka amalan pun perlu dilakukan seperti mana yang kita kehendaki syurga itu menjadi tempat kekal kita.

Hana sahaja buat perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri. Dalam minggu ini dua kali Hana dengar mengenai DESIGN ini. Kesimpulannya, kita menentukan apa yang kita mahu dan bagaimana pengakhiran kita didunia ini. Mati itu pasti dan dunia ini persinggahan sahaja.


No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno