Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

2 Sep 2014

Duit bukan segalanya

Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..
Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..
Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN...

Yang boleh beri Kesihatan, Keluarga, Selera dan Kebahagiaan dll hanyalah Allah s.w.t Pesan Ustaz Badli Shah lagi jangan jadi hamba duit tapi kita sepatutnya perhambakan duit untuk bekalan pahala kita di akhirat kelak.

Petikan ceramah Radio Nasional FM oleh Ustaz Badli Shah



4 comments:

Sylarius Yusof said...

Duit dinilai dengan angka. Angka pula, nilainya adalah infiniti.

Jika duit adalah ukuran kebahagian kita, maka pencarian kita terhadap kebahagian itu tiada penghujungnya.

Hana Syed said...

agreed with ypu sylarius yusof..

Encik JI said...

money is not everything, but it is something...

-poket kosong- :(

Hero Borneo said...

kalau duit tak dak..hati pun susah maa...paling penting ada keseimbangan

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno