Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

5 Sept 2014

Pengalaman HSG di HSA



Akhirnya aku menghadiri HSG. Aku punya elak tak nak buat hsg dari bulan januari lagi. Namun hati terbuka selepas balik dr umrah. Suka atau tidak aku kena lalui prosedur klinik O&G sebagai salah satu cara aku berusaha.

Syarat penting untuk buat HSG:
1. Ianya dilakukan dalam tempoh 7 hari  selepas haid kering
2. Dilarang bersama suami sehingga HSG dijalankan

Bagaimana HSG dijalankan Hana tak nak cerita. Korang pun da baca banyak kali jugakkan. Ianya dibuat di unit/jabatan xray. Kalau di hospital kerajaan wajib buat temujanji dahulu tak boleh terjah dtg terus nak buat HSG. Macam hana kerani tu da pesan hari pertama uzur kena call untuk temujanji. Kalau hari ketiga atau seteusnya baru nak call memang dia tak layan. Dia suruh bulan depan pulak. 

Kalau hospital swasta takde masalah korang boleh pergi terus. Cuma pastikan. Jgn terlebih dari hari ke 14. Kebanyakan hospital swasta seperti Regency atau Columbia caj dlm rm150. Kalau gomen conformlah free.

Masa Hana buat HSG tu dlm 2 jam jugak la. Serius aku tak tgok peralatan mahupun muka doktor dgn pembantu2nya. Aku tak nak tengok perlatan tu semua sebab ngeri bila baca pengalaman org lain. Tak nak pandang doktor dan yg lain2 sebab aku malu. 1st time kot.. Adeeiii. Bakal je..ni kalau aku dapat anak tak kenang budi memang la masuk ke neraka jahanam ko.. Hihi Sakit jugakla kena godak mujur boleh tahan.

Selepas selesai dia suruh aku balik terus tak perlu ambil report. Nanti jumpa doktor o&g terus. Masa prosedur tu ada jugak konflik doktor kata sebelah kiri aku mcm tersumbat sikit. Tapi dtg doktor lain kata macam ok. Pepun keputusan penuh tunggu temujanji dgn o&g 27hb.

Entry seterusnya Hana akan kongsi kesan selepas buat HSG pulak. 
Thanks for reading
Hana 
 

No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno