Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

5 Jun 2015

Kecilkan pori-pori muka

Menyentuh bab pori-pori ini, Hana memang terasa. Sebab muka memang ada masalah pori-pori besar. Maka bila kak cery kongsi tips nak kecilkan pori-pori dengan buat masker sahaja, Hana sangatlah sukaaaa.

Ada 6 jenis masker yang dikatakan mampu membantu mengecilkan liang pori muka. Maka korang pilihla yang mana suka.. Antaranya masker


  1. tomato
  2. ais batu
  3. timun
  4. madu
  5. oatmeal
  6. pisang



Berikut cara2nya:

1. Masker tomato - ambil 1-2biji tomato, buang bijinya, blend tomato, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan 20-30minit.  Bilas. Amalkan 2-3x seminggu

2. Masker ais batu - bungkus 3-4biji ais batu dengan kain, gosokkan dengan lembut ke seluruh wajah. Amalkan setiap pagi bila bangun tidur

3. Masker timun - Ambil 1-2 timun, Blend/parut, Sapukan pada seluruh wajah. Biarkan 20-30min. Bilas dengan air suam

4. Masker madu - Ambil madu secukupnya,  Campurkan dengan jus lemon 2-3 sudu. Kacau. Sapu pada wajah, Urut lembut. Biarkan 5-10min. Bilas dengan air hangat

5. Masker oatmeal - Sediakan 2 sudu oat+ 5 sudu madu+ 2 sudu fresh milk. Campurkan. Sapu pada wajah. Urut urutan memutar. Biarkan 5-15min. Bilas dengan air hangat

6. Masker pisang - Sediakan 1 biji pisang + 1 sudu fresh milk. Blend dan kacau. Sapu pada wajah. Biarkan 15-20min. Bilas dengan air hangat


Dalam 6 jenis masker ni, Hana boleh buat masker madu dan ais batu je. Sebab bahan ini memang ada kat rumah dah senang disediakan.

So selamat mencuba..


2 comments:

Aryan azra said...

bagus nih bolehlah akak cuba

Hana Syed said...

cubalah kak..

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno