Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

9 Apr 2014

CARA HILANGKAN SELULIT

Cara Hilangkan Selulit

Apa Dia Selulit?

Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagen itulah yang memberikan selulit rupa seperti “cottage cheese” yang Nisa tidak ingini. Selalunya selulit bentuk pada peha, punggung and sometimes pada tangan, betis dan torso atas.

Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada  wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Cara Untuk Mengurangkan Selulit?

Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, it is almost impossible untuk menghilangkan selulit. Apa yang Nisa bole lakukan adalah mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu obvious.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, biar saya list down pelbagai kaedah untuk treat selulit (kurangkan lemak):

- Liposuction: Ia adalah treatment untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan reoccur over time.

- Selain itu, terdapat juga remedies berikut:
o Mesin Endermologie: ini banyak digunakan oleh beauty centers dan spa. Ia mengunakan roller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Again, its only a short term remedy.
o Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Theory: Less collagen,  maka kurang selulit?
o Krim-krim dan lain lain.

>> Gaya Hidup Sihat! Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.

Kesimpulan?

Nisa patut terima hakikat bahawa selulit adalah genetically-driven. Treatment di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit (not to get rid of it). My advice is to sentiasa keep yang body fat in check dengan pengamalan gaya hidup yang sihat dan lastly, to accept your body for what it is.

SUMBER

No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno