Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

1 Jun 2014

Panduan Turunkan Berat Badan

Panduan ini Hana jumpa di blog Dr Hamid Arshad. Dalam blog beliau menyata wanita PCOS yang sukar hamil perlu turunkan berat badan. Ini antara panduan yang beliau kongsikan.





1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan cendawan. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh. (i like reason untuk singgah sushi king selalu)

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan'. Masa itu kita akan berasa kenyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan. (haha mcm ni pun ada jugak eh)

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan. (i dah off makan fast food )

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.
===========================================
Hana nak add on sedikit;

Ambil 3 biji lecithin selepas lunch dan dinner untuk mencegah lemak dari diserap oleh badan. Secara tidak langsung walaupun berat tak turun tapi boleh HALANG daripada bertambah. Kalau nasib baik memang boleh kurang berat badan. Tetapi setiap individu tindak balasnya berbeza.

Diharapkan entry kali ini memberi manfaat untuk semua yang membaca.




1 comment:

Bryson said...

Hello nice bloog

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno