Assalamualaikum, Hari ini 10 Muharam rupanya. Rugi rasanya terlepas untuk berpuasa pada hari ini. Alkisah penangan Omega beli 6 percuma 1, ramai customer dah oder. Maka hari ini Hana proceed oder je.
Dek kerana kerja ofis menimbun, kena marking paper final student je pun, tapi time limit dengan 113 paper nak disiapkan dalam 3 hari berpeluh mak.. hihi So Hana gerak ke Taman Molek jam 6 petang dari pasir gudang. Jalan sesak macam biasa dalam 6.40 ptg Hana sampai. Dah siap beli barang terus cargas ke Masjid Taman Molek untuk maghrib. Sekarang maghrib awal.
Hasil tangkapan siang tadi 1 set Omega, ESP, Herblax, Alfafa, Ostematrix, Phytacol, Lecithin |
Sampai kat masjid azan baru habis, dan bilal dah qamat. Yang Hana ni baru nak ambil wuduk. Dalam kalut nak kejar berjemaah, seorang budak lelaki panggil. "Kak nak ni tak" dlm hati apa pulak adik ni jual.. Lantas Hana menjawab 'adik lepas solat nanti ye'. Usai solat, bukak wallet dan keluarkan sedikit duit dgn niat nak sedekah kat bdak lelaki tadi. Kebiasaan kalau jumpa budak-budak yang menjual ni Hana tak berminat nak beli barang hanya hulurkan sedikit wang sahaja.
Sejurus je keluar dari pintu tempat solat wanita, budak tadi ada di tepi bersama kakaknya lalu menghulurkan roti pizza ni. Apa ni?? Hana tanya dia kata "kak, hari ini hari assyura" fahamla aku rupanya mereka yang bersedekah. Sudah menjadi kebiasaan 10 muharam masyarakat kita buat bubur assyura tapi mereka memberi roti.
Dalam hati beristighfar banyak kali, nak menagis pun ada.. Hana yang berprasangka. Budak itu cuma nak bagi roti. Dia yang nak bersedakah bukan minta sedekah. Hebat betul pengajaran yang Allah kirim buat Hana hari ini. Kerana tergumam terus terlupa untuk memberi duit yang diasingkan di awal tadi.
Dalam kereta aku jamah roti itu dengan linangan air mata. Memang agak lapar dari tengah hari tidak makan, hanya sarapan nasi lemak jam 10pagi. Niat dari awal nak makan sushi selepas pergi shaklee branch, tapi ada customer nak pickup barang jam 8mlm so Hana memandu terus pulang ke rumah.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini, untuk oder shaklee yang masuk, nikmat Tuhan mana yang harus kamu dustakan lagi wahai Hana.. Hana rasa dah cukup mendidik hati untuk bersangka baik dgn semua orang dlm semua perkara. Tapi masih belum rupanya.. Semoga Allah selalu memberi taufiq dan hidayah serta menunjukkan jalan yang lurus iaitu jalan-jalan yang di redhaiNya kepada Hana
Inilah roti yang budak tu bagi, semoga murah rezeki kamu sekeluarga dik |
No comments:
Post a Comment