Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

17 Nov 2014

Pemilihan Insurans Perlindungan: Prudentian BSN Takaful

Monday blues hari ini. Tapi kami di Johor dah xde monday blues da.

Nak cerita, smlm agen insurans dtg rmh anta claim cek suami masuk hospital dgn ole-ole dr prudential. Maklumla da hujung tahun dapat la kalendar, diari n note book.


Ini tahun ketiga bersama prudential. Alhamdulillah servis  agen Hana ni sangat bagus. Sebelum ini Hana gunakan insurans Etiqa tapi atas beberapa faktor terpaksa berhenti wlpn terpaksa burn saving. Senang cerita rugi la juga berhenti dgn etiqa tu.

Isu berhenti masa tu sebab medical card etiqa akan naik setiap tahun bila umur bertambah. Plan etiqa sebelum ini Hana bayar rm350 sebulan, agak membebankan. Sebab ambil 2 pelan utk saving yg dapat insentif setiap 2 tahun tu dengan pelan wanita tu pun xde medical card.

So setelah survey buat kajian pro dan cons Kami (termasuk budak opis) pilih prudential takaful.

Bagi yang baru nak ambil pelan perlindungan perkara yang perlu anda tahu dan pastikan:

1. Pastikan kita orang Islam ambil takaful.

2. Pilih agen full time ye bukan agen yg buat part time. Alasannya bila agen full time kita boleh berhubung bila-bila masa dengan agen kita bila perlu. Senang cerita boleh layan karenah kita. Terutama masa kita masuk wad. Pengalaman Hana agen part time, dia tak fokus, kerja lambat terutama nak proses dokumen dan dia tak boleh nak layan kita. Insurans ini melibatkan perkhidmatan. Servis yang cekap dan tuntas sangat diperlukan apabila kita masuk wad dan nak claim.

3. Kalau boleh cari agen yang sedia berkhidmat untuk kita dan lebih tepat lagi kalau kita kenal agen tu contoh kawan sendiri. Macam Hana agen etiqa ni chinese tapi setiap bulan akan datang pejabat. Selalu je terserempak kat opis kami ni ha. Tu yg terjebak termasuk dengan dia. Dia memang sentiasa ada kalau diperlukan. Pagi kita call tengah hari dah tercongok kat pejabat ni. Orangnya sangat polite. Tapi kesian kat dia kami satu pejabat terpaksa terminate dengan dia sebab isu takaful ni.

4. Pilih pelan yang anda inginkan. Senang cerita tujuan ambil insurans utk apa. Pilih ikut tujuan dan kemampuan. Jangan ikut cadangan agen. Agen mmg suh amik pelan besar sebab komisen dia lagi besar. Mcam Hana tujuan memang utk cover bil hospital. Memandangkan kat pasir gudang tiada hospital kerajaan. Paling dekat Hospital Sultan Ismail. Kalau demam ke atau ada kecemasan sangat jauh tambahan laluan nak keluar pasir gudang selalu sesak. Lagipun Pasir Gudang dah banyak hospital private.

5. Minta Quotation
Hana sebelum pilih prudential, Hana minta qoutation dari Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful. Yang lain tak minta pasai susah nak excess. Sebab takde orang kenal. Bila dapat qoutation tengok berapa bayaran bulanan, apa yg dicover, kalau kemalangan dapat berapa, kalau masuk wad dapat berapa, bilik rm berapa cover, setahun medical card cover berapa, saving berapa, tahun ke berapa boleh bawak keluar, masa umur 55tahun ada berapa saving (persediaan pencen),ada ko takaful ke tidak. Benda ni semua kena clarify sebelum sign. Tapi kalau prudential dia bagi tempoh 3 bulan kalau tak silap kalau tak puas hati dapat full return. (kalau polisi masih tak berubah).

6. Seeloknya study / review tentang pelan yg ditawarkan.
Hana memang study giler2. Sebab tak nak dah buat pilihan salah, nanti dah mula bayar nak stop kita yg rugi. Medical card ada yang bayaran akan naik setiap tahun ikut umur ada yang tidak.

So selepas ambil kira semua faktor di atas, Hana pilih prudential bsn takaful. Kebetulan kawan pejabat, kawan dia En Zaini memang agen. Masa kami minta quotation jenuh jugak lak dia nak melayan. Banyak kali kena hantar semula quotation sebab asyik kena revise balik pasal tak puas hati. Pastu banyak tanya dan sangat cerewet la kami ini. Tapi en Zaini ni sangat sabar. Dia kata takpe memang kerja dia. Hana yakin kalau agen part time tak terlayan dah kami ini. Berkat kesabaran dia, kami 4 orang ni telan sign under dia siap bawak the whole family lagi. Memang rezeki dia la kan.

So bagi anda yang masih mencari-cari insurans, secara peribadi Hana sarankan Prudential BSN Takaful. Dan jika anda orang Pasir Gudang  atau area JB perkhidmatan En Zaini sangat Bagus dan puas hati. Boleh hubungi beliau di talian 0197042921.

En Zaini, sorry i amik gambar dr telegram
Hana tidak dibayar utk entry ini ye. En zaini pun tak tahu Hana tulis entry ini. Hana hanya berkongsi dengan pembaca sahaja. Semoga En Zaini terus memberi perkhidmatan terbaik dan boleh dapat banyak award lagi.. hihi









6 comments:

Zaini Ramzan said...

Syukur atas nikmat yang Allah berikan.. In syaa allah... Selagi diizinkan oleh Nya.. Saya akan beri yang terbaik untuk anda semua... Terima kasih atas doa dan sokongan kalian... Hanya Allah yang dapat menilai dan membalasnya.

Miz Eija said...

Slm jejak kak hana... hihi yes husbnd & anak eija pun dgn pruBSN.. alhamdulillah moga Allah murahkan rezeki boleh sgn up eija punya juga :)

~aSHa~ said...

mmg penting juga insurans ni kan dik

Hana Syed said...

Keep up good work en zaini!

Hana Syed said...

Eija pun agen jugak eh..

Hana Syed said...

Penting kak tambahan kawasan Pasir Gudang memang jauh dari GH. Nak keluar duit poket sendiri sikit2 boleh la. Kalau kena beribu jenuh jugak.

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno