Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

3 Dec 2014

Kesan Surah Al-Baqarah ayat 284-286

Malu rasa Hana nak cakap tak cukup masa. Allah bagi 24jam sama kat semua orang. Cuma antara pandai dengan tak je nak mengurus masa. Hana memang slow dalam banyak perkara. Buat kerja lambat, masak lambat, siapkan assignment pun lambat. Lately banyak assignments belajar, bisnes dan kerja. Kalau nengokkan macam tak terbuat.


Pergi umrah pun tidak di sangka-sangka

Pesan Tok Wan - baca, hafaz, fahamkan da amalkan Surah Al-Baqarah ayat 284-286. Dulu baca sekadar dalam al-mathurat. Bila tok wan pesan suh fahamkan sampai hang boleh berlinang air mata memahami maknanya, masa tu takde apa yang perlu hang risaukan, katanya.

Sumber google Hana jumpa Ayat 285-286


Antara sebab tok wan pesan ayat ini kat Hana, mungkinlah dia takut Hana risau dah 3-4 tahun berkahwin masa tu masih belum dikurniakan anak. Cucu2 dia yang lain kahwin kemudian pun dah beranak 2-3 orang. Tapi dia tak cakap direct la. Dan dia tak pernah tanya macam org lain tanya "hang bila nak beranak" tak pernah sekali pun terpacul soalan seperti itu dari mulut dia.

Sejak tu Hana pegang ayat tu. Korang boleh bukak ayat al quran tu. Kita biasa sangat dengar ayat tu.

Benar Allah permudahkan segala urusan dan pertemukan dan hadirkan dengan orang yang betul setiap kali pun.

Hana Kena buat workbook tapi macam tak sempat nak siap due date. Sekali ketua bagitau, "Hana, buku kita tangguh dulu sem ni budak tak ramai". Dalam hati lega..

Hana patut kena present micro teaching last week. Hana memang tak prepare langsung datang sekadar ambil kehadiran je. Dalam hati kalau aku kena panggil, redha jela markah kosong Allah memahami bicara hambaNya, sebab kesuntukan masa, Hana pun terlepas dari presentation. Dan sepatutnya juga kena submit portfolio minggu itu, once again mestilah Hana tak siap. Alhamdulillah portfolio boleh hantar minggu berikutnya. Hana bukan tak nak buat tapi memang tiada kesempatan sebab budak baru masuk, kena ajar 3 subjek baru. Kena study dulu sebelum masuk kelas.

Banyak sangat jurnal kesyukuran yang tidak terhitung. Allah akan beri apa yang kita mampu tanggung. Ternyata Allah tutup keaiban kita yang orang lain tidak tahu.

Sejak itu, Hana memang tidak pernah ada kerisauan melampau. Semoga menjadi asbab pahala utk tok wan bagi ilmu yang ditinggalkan. Dan Hana panjangkan kepada semua yang membaca.


13 comments:

Muja.. said...

Terima kasih atas perkongsian.. sy pun nak amalkan jugak ..inshaallah :)
Semoga urusan harian kita sentiasa dipermudahkan yer

Kakzakie said...

Pesan atok buat cucu pasti ada kebaikan apa lagi ianya adalah ayat Al-Quran
Jadikan amalan harian. Mudah dan tak panjang pun kan..

Hana Syed said...

InshaAllah jadikan doa. Ini antara surah yang boleh dibaca dalam solat tahajud

Hana Syed said...

yup kak pendek je..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Nice sharing hana.. =D

Julia Johari said...

Hana...tersentuh hati julia baca kisah hana...hana ingat satu...Allah dh tetapkan rezeki utk hana...cuma sikit je ujian allah bg sbb dia sygkan hana...kuat semangat ye...love u

AMIIZAA said...

alhamdullilah, allah swt sentiasa menolong hambanya:)

Hana Syed said...

Terima kasih julia.. Love you too.

Hana Syed said...

terima kasih

Hana Syed said...

Ya betul.. kena yakin je dgn Allah

Khai♥Rin : anies said...

terima kasih berkongsi...

Hana Syed said...

sama-sama

Kayu Manis said...

inshaa Allah perkara yg baik, kita sama2 bt..

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno