Buah lemon merupakan buah yang sangat kaya dengan zat anti bacteria, anti-virus, kalsium, magnesium, vitamin C, pectin dan limonene yang mampu untuk mengekalkan kekebalan tubuh dan juga untuk melawan infeksi. Tahukah anda bahawa buah lemon sangat baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya buah lemon mempunyai manfaat yang dapat menurunkan berat badan kerana jus lemon dapat melancarkan sistem pencernaan kita serta bertindak sebagai pembersih hati. Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat buah lemon:
Melancarkan sistem pencernaan
Sebenarnya, jus buah lemon yang hangat kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang mampu untuk mengeluarkan racun dalam badan melalui sistem pencernaan badan kita. Selain daripada itu, ia mampu untuk mencegah daripada kembung perut dan bagus untuk pesakit kanser mengamalkan jus lemon ini untuk membantu kelancaran sistem pencernaan dalam badan.
Sebagai diuretic
Buah lemon kaya dengan kandungan asam sitrat. Asam sitrat yang terkandung dalam buah lemon mampu untk memaksimumkan fungsi enzim yang merangsang organ hati untuk melakukan proses detoks secara keseluruhan melalui air kencing.
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan
Seperti yang anda ketahui, lemon kaya dengan vitamin C yang sangat bagus untuk mencegah dan merawat jangkitan kuman, selain daripada itu, lemon kaya dengan kalium yang mampu merangsang fungsi otak dan saraf-saraf dalam tubuh badan serta berperanan mengawal tekanan darah. Selain kaya dengan vitamin C, buah lemon mempercepatkan kemampuan tubuh badan untuk menyerap zat besi di mana zat besi sangat penting untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan kita.
Mempercepatkan proses penyembuhan
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam sebiji lemon sebenarnya mampu untuk membantu proses pemulihan pada tubuh badan kita terutamanya mempercepatkan penyembuhan luka, memelihara kesihatan tulang, otot dan sebagainya.
=====================================================================
Hana memang kaki lemon kat rumah mesti ada lemon. Hana biasa buat stock untuk buat sambal nasi arab tu. Dah terbiasa perah lemon berbanding dengan limau nipis. Biasa buat air honey lemon. Sebab oder kat luar rm5 segelas baik buat sendiri. Bagus untuk tekak kalau batuk.
Ihsan google. Sendiri punya tak dan nak capture. |
8 comments:
Yg tak bagusnya lemon dlm botol tu seperti sunquick yg kandungan gulanya sangat tinggi...
betul tu JR.
saya sgt suka lemon cuma lemon ni kat maalaysia mahal . terfikir juga , klu tanam kat malaysia ni hidup tak ... tanah sekangkang kera ada hati nak tanam pokok limau ... heeee
aha lemon agak mahal skit.. cubalah tanam dalam pasu untung2 boleh hidup..
wah sedapnye..ianya juga boleh dibuat ubat
minum air kosong campur perahan buah lemon memang awesome.. selalu buat, jadi macam senang nak membuang ^_^
Sejak kebelakangan ni bunda pun rajin minum jus lemon dengan air mineral tambah sedikit madu asli....minum pagi2...
den banyak amek supliment je tuk cukupkan vitamin sebab buahan harini tak cukup vitamin
Post a Comment