Tapi sayangnya, orang soleh tidak mahu kaya, orang kayanya tidak mahu soleh. Kemudian saya bertanya, “Adakah penyakit hubbud dunia penyakitnya orang kaya sahaja?” “Tidak, orang miskin pun ramai penyakitnya hubbud dunia”. Masalahnya bukan di kaya atau di miskinnya, tapi bagaimana kita bersikap terhadap kekayaan. Dengan alasan inilah ramai umat Islam tidak mahu bekerja keras. Tidak mahu berusaha untuk menjadi orang kaya dan tidak mahu menjadi orang besar.
Umat Islam terlalu besar untuk punyai cita-cita kecil. Umat Islam harus kaya seperti kayanya Abu Bakar As-Siddiq, seperti kayanya Umar Al-Khattab dan seperti kayanya Usman Bin Affan. Kerana kekayaan merekalah Islam berjaya. Rasulullah mengajarkan kita untuk berdoa, “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran, aku berlindung denganMu dari azab kubur”. Yang menjadi masalah, bukannya berapa banyak kita mendapatkan wang, tapi wang itu dari mana dan untuk apa.
Kata Rasulullah, kita tidak boleh iri kecuali kepada 3 orang, pertama, orang yang berilmu yang mengajar dan mengamalkannya. Kedua, orang yang mati syahid. Ketiga, orang yang kaya dermawan. Ingatlah, kita adalah harapan masa depan umat. Bangkit mulai sekarang, harapan itu pasti ada, Allah bersama kita.
#AzizanOsman
Sharing is crying...
Hana Syed
Coordinator Mac 2015
SID 852746 | 0126493489
fb:Hana Syed
2 comments:
selalunya org bila kaya sayang nak belanjakan duit untuk org lain ...
Ye menjadi orang kaya pun diuji. Sebab tu kita kalau sedikit pun tak nak sedekah kalau dah banyak pun belum tentu lagi kan...
Post a Comment