Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

17 Mar 2015

Diabetes cabaran besar terhadap kesihatan awam di Malaysia


Kelaziman diabetes

- Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa, kira-kira 387 juta orang di seluruh dunia hidup sebagai penghidap diabetes pada 2014. Bilangan penghidap diabtes dianggarkan meningkat daripada 387 juta kepada 592 pada 2035.

- Kira-kira 77 peratus penghidap diabetes tinggal di negara berpendapatan rendah serta sederhana tinggi. Kebanyakan pesakit diabetes berusia 40 hingga 59 tahun.

- Seramai 175 juta pesakit diabetes tidak didiagnosis. Hampir separuh pesakit diabetes di Asia Tenggara tidak didiagnosis. (ini bermakna ramai yang telah pun hidap diabetis tanpa disedari, sebab tak check up di hospital, dah perasan sihat!)

- Lebih daripada 21 juta kelahiran hidup terjejas disebabkan diabetes ketika dalam kandungan pada 2013.

- Peningkatan kelaziman berlakunya T2DM dikaitkan dengan perubahan gaya hidup dan sosial yang pesat, penuaan populasi, pembandaran yang meningkat, perubahan pemakanan, kekurangan gerak kerja jasmani serta gaya hidup tidak sihat.


Kadar kematian

- Menurut edisi keenam IDF Diabetes Atlas, 4.9 juta kematian berlaku pada 2014. Seorang manusia meninggal dunia akibat diabetes setiap tujuh saat. Di Malaysia, dianggarkan 34,422 orang maut disebabkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan, diabetes akan menjadi punca kematian ketujuh tertinggi menjelang 2030.

- Lebihan kadar kematian global yang berpunca daripada diabetes pada 2000 dianggarkan sebanyak 2.9 juta kematian bersamaan dengan 5.2 peratus daripada semua kematian. Lebihan kadar kematian berpunca daripada diabetes ialah dua hingga tiga peratus kematian di negara miskin dan lebih daripada lapan peratus di Amerika Syarikat, Kanada dan Asia Barat. Dalam lingkungan usia 35 hingga 64 tahun kematian berpunca daripada diabetes adalah enam hingga 27 peratus.

- See more at: sumber









Hana Syed
Coordinator Mac 2015
0126493489 | SID852746
FB: Hana Syed

4 comments:

iryanty ahamad said...

asalamualaikum...salam kenal hana...terima kasih singgah rumah akak :-))

Ira said...

Assalam hana, salam kenal..
terima kasih sudi dtg blog ira.
Terima kasih sudi share info..

Hana Syed said...

sama-sama

hainom OKje said...

Mmg seram kalau fikir pasal penyakit ni kan HS....
Maklumlah semakin kilauan hihi ......Mintak dijauhkanlah..

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno