Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.
Showing posts with label Diabetis. Show all posts
Showing posts with label Diabetis. Show all posts

17 Mar 2015

Diabetes cabaran besar terhadap kesihatan awam di Malaysia


Kelaziman diabetes

- Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa, kira-kira 387 juta orang di seluruh dunia hidup sebagai penghidap diabetes pada 2014. Bilangan penghidap diabtes dianggarkan meningkat daripada 387 juta kepada 592 pada 2035.

- Kira-kira 77 peratus penghidap diabetes tinggal di negara berpendapatan rendah serta sederhana tinggi. Kebanyakan pesakit diabetes berusia 40 hingga 59 tahun.

- Seramai 175 juta pesakit diabetes tidak didiagnosis. Hampir separuh pesakit diabetes di Asia Tenggara tidak didiagnosis. (ini bermakna ramai yang telah pun hidap diabetis tanpa disedari, sebab tak check up di hospital, dah perasan sihat!)

- Lebih daripada 21 juta kelahiran hidup terjejas disebabkan diabetes ketika dalam kandungan pada 2013.

- Peningkatan kelaziman berlakunya T2DM dikaitkan dengan perubahan gaya hidup dan sosial yang pesat, penuaan populasi, pembandaran yang meningkat, perubahan pemakanan, kekurangan gerak kerja jasmani serta gaya hidup tidak sihat.


Kadar kematian

- Menurut edisi keenam IDF Diabetes Atlas, 4.9 juta kematian berlaku pada 2014. Seorang manusia meninggal dunia akibat diabetes setiap tujuh saat. Di Malaysia, dianggarkan 34,422 orang maut disebabkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan, diabetes akan menjadi punca kematian ketujuh tertinggi menjelang 2030.

- Lebihan kadar kematian global yang berpunca daripada diabetes pada 2000 dianggarkan sebanyak 2.9 juta kematian bersamaan dengan 5.2 peratus daripada semua kematian. Lebihan kadar kematian berpunca daripada diabetes ialah dua hingga tiga peratus kematian di negara miskin dan lebih daripada lapan peratus di Amerika Syarikat, Kanada dan Asia Barat. Dalam lingkungan usia 35 hingga 64 tahun kematian berpunca daripada diabetes adalah enam hingga 27 peratus.

- See more at: sumber









Hana Syed
Coordinator Mac 2015
0126493489 | SID852746
FB: Hana Syed

16 Mar 2015

Apakah Glisemik Indeks

Info Rajah di bawah menunjukkan tahap pengukuran Indeks Glisemik.
Add caption
Semakin tinggi nilai glisemik (merah) sesuatu makanan, semakin cepat tenaga terhasil, menjadikan kita cepat LAPAR dan seterusnya  asyik nak makan je.

Sebaliknya jika indeks glasemik rendah(hijau), tenaga dilepas secara perlahan-lahan menjadikan kita rasa KENYANG lebih lama. Maka kita akan jadi kurang makan.


Pesakit diabetis wajib mengamalkan pemakanan indeks glisemik bawah 55, agar insulin dapat berfungsi dengan efektif..




ESP adalah satu-satunya protin yang indek glisemiknya bernilai 39. Ianya sangat sesuai untuk keperluan protin bagi pesakit diabetis, ibu mengandung yang diabetis serta individu yang ingin diet!


Rajah ini menunjukkan kadar pembebasan gula dalam darah serta masa yang di ambil. Lagi rendah kadar pembebasan gula dalam darah dan lebih lama masa yang diambil adalah lebih bagus.

Maka, perhatikan label Indeks Glisemik makanan yang anda ambil. Jika tiada pastikan anda tahu nilai indeks glisemiknya. Ini penting untuk orang yang ada DIABETIS dan mereka yang ingin mengamalkan diet pemakanan sihat.
Senarai makanan dan tahap indeks glisemik

Hana harap info ini membantu nada membuat pilihan makanan lebih bijak serta mengamalkan pemakanan yang sihat.

p/s: Promosi ESP masih berlangsung. Set asas diabetis kurang RM150.


Hana Syed
Coordinator Mac 2015
0126493489 | SID852746
FB: Hana Syed

13 Jan 2015

Diabetes & revesterol

INFO: Diabetes & revesterol


DIABETIS adalah keadaan dimana paras gula dalam darah melebihi paras normal (selalunya dikaitkan sebagai metabolic disease)


Ianya terbahagi kepada dua sebab:

1. Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin —> Type I diabetes
--> memerlukan suntikan insulin
--> selalunya diwarisi (sebab tu kadang2 Type I diabetes ni terjadi di kalangan kanak2)

2. Sel tidak dapat menggunakan insulin yang telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula (either sebab jumlah insulin yang dihasilkan tidak cukup, atau sel badan / receptor tidak mampu menggunakan insulin yang telah dihasilkan) —> Type II diabetes

--> selalunya disebabkan oleh gaya hidup (juga diwarisi)
--> control dengan diet change / ubat. Tidak semestinya memerlukan suntikan insulin (tapi kadang2 suntikan insulin pun penting)

Symptom biasa diabetes
--> kerap buang air kecil
--> kerap lapar
--> kerap haus

Komplikasi jangka panjang (kalau tak dirawat)

  • sakit jantung
  • renal failure
  • diabetic retinopathy
  • diabetic ketoacidosis


Apa fungsi insulin?

  •  hormon yang mengawal jumlah gula yang diserap dalam darah
  •  dihasilkan oleh beta-cell jika paras gula dalam darah bertambah


Alternative treatment (selain ubat doktor):
->>ada macam2 yang saya jumpa. Antaranya acupunture, kaedah ayurdevic dsbnya.

Dari segi suplemen:

1. ALA / GLA: antioksidan, membantu mengurangkan sakit untuk pengidap diabetic neuropathy dan membantu mengurangkan insulin resistance

2. Chromium: membantu meningkatkan glucose tolerance

3. Coenzyme Q10: bantu metabolisma karbohidrat

4. Magnesium: kekurangan magnesium dikaitkan dengan gangguan penghasilan insulin, seterusnya meningkatkan insulin resistance

5. Biotin: meningkatkan aktiviti enzim glucokinase (untuk pencernaan glucose)

6.Vit B6: membantu meningkatkan glucose tolerance

7. Vit B12: membantu cell untuk berfungsi secara optima (terutamanya nerve cell)

Apa kaitan dengan revesterol?


  • revesterol membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dan darah tinggi, serta membantu untuk improve human body response to insulin
  • kebanyakan kajian yang dijalankan adalah ke atas Type II diabetes. (tak jumpa for type I diabetes, tapi kena ingat, type I diabetes ialah sebab pankreas tak dapat hasilkan insulin)

Sumber:

www.naturalproductinsider.com
www.emaxhealth.com
www.nutraingredients-usa.com
wikipedia
www.diabetes.co.uk
http://www.worldhealth.net/news/resveratrol-stabilizes-blood-sugar-levels/
Vivix 10x ganda lebih hebat resveratrol

Pengalaman Hana sendiri, bacaan gula ayah sangat tinggi 15-18. Mula-mula hana bekalkan coQ, Ostematrix, ESP bacaan turun dalam 10-12. Tapi bergantung juga pada pemakanan hariannya. Ayah Hana bukan jenis pantang makan. Asal dia boleh makan dia makan je.

Sebab kadang kala ayah culas ambil pil, Hana bekalkan vivix pula. Alhamdulillah bila check gula skang dah maintain 5. Bila tau 5 lagi dah ayah tak jaga makan. Bab makan dah tak boleh kawal so Hana pastikan ayah makan vivix satu sudu setiap hari sahaja.

Ramai juga pengalaman mak ayah kekawan terdekat yang memberi respon positif mengenai vivix untuk diabetis, darah tinggi dan jantung. Kalau ada mak ayah yang ada penyakit 3 serangkai ini, vivix sangat membantu.

Ramai yang kata vivix mahal, tapi bulan ini harga vivix terlajak murah dengan promo beli 6 percuma satu. Dan jangan risau beli satu pun masih lagi murah seperti beli 6.

Hana sendiri dah rasa keberkesanan vivix. Ternyata vivix sangat membantu bagi ikhtiar sakit berprofil tinggi.

Kebaikan vivix

Untuk cubaan yang berada disekitar pasir gudang boleh hubungi Hana


Hana Syed
Independent Shaklee Distributor
Shaklee ID: 852746
Contact: 012 649 3489


24 Nov 2014

Kenali Diabetis

Terdapat 3 jenis kategori pesakit diabetis
1. Keturunan
Mendapat diabetis sejak dari muda remaja ataupun kanak2 lagi kerana faktor genetik. Bukan disebabkan pemakanan. Ini memang tidak boleh dielakkan.

2. Gaya hidup
Diabetis yg diperolehi akibat gaya hidup atau pola pemakanan yg tidak sihat. Yang ini umum mengetahui akibat pengambilan gula yang tidak terkawal.

3. Mengandung/ kehamilan
Akibat perubahan hormon perempuan mengandung mendapat diabetis ketika mengandung. Ianya mungkin akan hilang selepas melahirkan. Namun jika tidak dirawat atau dikawal ianya mungkin kekal.

Namun fokus saya adalah untuk ketagori kedua dimana mereka yang mendapat diabetis akibat daripada gaya hidup.

Bagaimana diabetis terjadi?
Diabetis berlaku apabila pankreas kita tidak lagi mampu menghasilkan hormon insulin. Insulin ini penting untuk mencernakan gula atau karbohidrat kepada tenaga.

Pesakit diabetis kita boleh kenal pasti jika dahulu orang kita kenali seorang yang badan berisi, kurus atau dengan kata lain berat badan menyusut dengan mendadak. Terutama golongan berumur 40-an ke atas.

Bagaimanakah insulin gagal dihasilkan?
Ketika kita mengambil gula kompleks atau dalam bahasa mudah makanan yang manis2 pankreas kita akan boost penghasilan insulin untuk menguraikannya. Makanan yg berindeks glisemik tinggi akan memaksa pankreas mengeluarkan insulin dgn banyak. Sehinggakan pada satu tahap pancreas tidak mampu lagi menghasilkan insulin seperti biasa. Maka bermulalah episode diabetis. Jadi makanan yang diambil (gula/karbohidrat) tidak diproses dan  ianya menyebabkan kadar gula dalam darah menjadi tinggi.

Tahap pesakit diabetis ini bergantung kepada kebolehan pankreasnya menghasilkan insulin. Bagi yang kronik dimana pankreas tidak lg mampu menghasilkan insulin maka doktor menyarankan perlu baginya mendapatkan suntikan insulin.

Bagi yang tidak kritikal, diet diabetic perlu diamalkan. Mereka perlu mengamalkan pemakanan indeks glasemic rendah. 

Kenapa indeks glisemik rendah?
Pengambilan makanan indeks glisemic rendah tidak memerlukan insulin yang tinggi untuk menguraikan karbohidrat tersebut kepada tenaga.

Kadar penguraian gula dalam darah, lagi rendah GI lagi lama masa yang diambil
Nilai Indeks Glisemik 
Penting utk pesakit diabetis terutamanya melihat kandungan GI makanan yang di ambil. Yang tidak diabetis pun kena ambil langkah pencegahan. Semakin tinggi nilai GI semakin cepat kadar pelepasan gula dalam darah.

Sebab itu ambil ESP kenyang lama sebab nilai GI rendah
Bagaimanakah ESP membantu pesakit diabetis??
Sebab itu kebiasaannya orang yang ada diabetis kelihatan lemah dan tidak bertenaga. Maka pengambilan ESP akan memberi tenaga berpanjangan dan sangat sesuai utk golongan ini kerana indeks glisemiknya juga rendah iaitu hanya 39Pengambilan ESP tidak akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.


ESP low GI, Kenyang lebih lama


Hana Syed
Independent Shaklee Distributor
Shaklee ID: 852746
Contact: 012 649 3489



9 May 2013

Lagi kisah Ostematrix

Alkisah ostematrix..

Salam untuk semua pembaca.. Bersawang sungguh blog ni kerana lama tidak kemaskini. Minggu lepas cuti lama balik kampung untuk menunaikan tanggungjawab pada negara.

Balik kampung minggu lepas singgah rumah ayahanda di Batu Gajah, Perak. Sampai2 je tanya ada bawak ubat umi.. hehe begitulah situasi punya tak sabar dan takut kalau2 saya tak bawak supplement depa balik.

Sebelum ni saya supply Advance Joint Health Tablet (AJHT) dan Ostematrix kat umi sebab masalah lutut dia. Sebelum ni pun saya ada story kan yang sakit lutut dia semakin pulih sehinggakan tak perlu berkerusi roda lagi.

Semenjak saya add on ostematrix rupa2nya umi bagi ayah makan ostematrix senyap2. Ayah saya pun tak tau dia main telan je. Umi saya kata tujuan asal bagi ayah makan ostematrix sebab ayah selalu angkat barang-barang berat dan sakit belakang.

Sehari sebelum saya balik tu depa buat ujian darah untuk semak kandungan gula (kencing manis). Ayah ni baru 2tahun kebelakangan di diagnose ada diabetes. Tapi ayah saya masih tak jaga makan dia belasah je. Kalau rasa dia nak pitam dia taula kencing manis tinggi. Bila kena macam tu dia minum teh misai kucing je.
Tapi tak turun banyak la dari 10 trun 8-9.

Ayah saya punya teruja nak cerita ngan saya dia buat ujian darah bacaan gula (kencing manis) dia trun 5 dari 10. Dia track back apa yang dia makan. Diet harian macam biasa. Pastu baru dia teringat dia ada makan pil tapi tak tau apa dia. Pil tu adalah ostematrix yang umi saya bagi yang dia sendiri tak tahu. Tapi ayah saya cuma amik 2 biji je ostemtarix. Dia punya seronok sampai saya bekalkan 2 botol terus.

Sebelum saya makan ostematrix hanya untuk memenuhi keperluan kalsium saya. Sebab saya memang tak minum susu. Itu pun timbul kesedaran bila officemate disahkan slip disc stage 1. Doktor kata dari muda tak minum susu dan kalsium tak cukup. So bila sampai waktunya bila buat kerja berat sikit effect pada tulang belakang. Selain itu saya ambil kalsium secara konsisten untuk mengekalkan berat badan. Tapi benarlah orang kata bila kita amalkan secara konsisten kita akan rasa sendiri perbezaan nye. Anda buat anda dapat. heheh

untuk keterangan lanjut feel free untuk contact saya..

Hana Syed
Shaklee ID: 852746
Whatsapp: 012 649 3489
Email: hanasy8@icloud.com
© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno