Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.
Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

17 Feb 2015

Vitalea Multivitamin Terbaik

Sebab apa Vitalea Multivitamin Terbaik??

Pelik tapi benar..


hasil rendaman vitalea 



Korang nampak pil vitalea yang besar gedabak tu berwarna hijau pekat. kan kan..

Tapi cuba korbankan sebiji buat eksperimen, bubuh dalam segelas air.

Tak sampai 5 minit ia akan larut. dan air takkan bertukar hijau walaupun pil tu warna hijau. Tapi air putih bertukar sarat dengan warna asli larutan mineral dan vitamin dalamnya

Keratan rentas vitalea



Korban lagi sebiji, patah dua vitalea (tengok gambar keratas rentas vitalea, lihat biji-biji putih kecik. Itu adalah bijian kanji yang apabila terlarut dalam air, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang 'terikat' dalamnya.

Fakta menarik:

>>Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

>>Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)

>>Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

>>Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

>>Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

notakaki : Sekali dah pilih Vitalea, selamanya takkan berpaling. Multivitamin, multimineral terhebat.








Hana Syed
Coordinator Mac 2015
SID 852746 | 0126493489

5 Feb 2015

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah

kesan kurang zat besi
Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Sumber zat besi
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti


  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
  • Minum jus buah-buahan.
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.
sumber: Majalah PAMA

Ingin lebih mudah, pengambilan vitalea secara konsisten 2 biji sehari untuk mengekalkan kesihatan. Manakala saranan 4 biji sehari bagi ibu hamil terutama yang menghadapi masalah Hb rendah. Nantikan testimoni Hb pada entry aka datang.






Hana Syed
Senior Supervisor Mac 2015 
SID 852746
0126493489

3 Feb 2015

Kenapa Iron Formula?

VITA-LEA IRON FORMULA

Formulasi zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea mampu meningkatkan tahap hemoglobin dalam sel-sel darah merah yang penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan!



oppss tahukah kita oksigen dalam darah sangat penting. Bila kurang oksigen dalam darah ianya membenarkan SEL KANSER AKTIF.


Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema. Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen. 

Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema. Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen.

Nampak simple je peranan iron. Tapi impaknya sangat besar.







Hana Syed
Senior Supervisor Mac 2015
SID 852746

0126493489

24 Feb 2014

Disebalik Kandungan Vitalea

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea : 


Sempena promosi bulan ini Vitalea, mari kita lihat kandungan dan fungsi yg ada dalam vitalea..

1. Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

2. Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis. 

3. Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut. 

4. Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah. 

5. Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit. 

5 Feb 2014

Vitalea as known as Multivitamin

Manfaat Utama VITA-LEA IRON FORMULA:

* Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

* Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

* Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

* Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

* Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

* Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Sempena promosi Februari sebotol Vitalea RM6X sahaja. 1 botol ada 120 biji. Sehari sebiji sahaja. Murah dari kangkung..


Hana Syed
Independent Shaklee Distributor
Shaklee ID: 852746
Contact: 012 649 3489

21 Mar 2013

Kulit Cantik berseri..

Kulit anda bermasalah??

Ini adalah hasil seorang pengguna set B shaklee. Sangat mengujakan. Dia cuma consume vitalea, bcomplex, vitamin c dan alfafa plus ESP
Namun apa yang saya nak tegaskan disini ialah pengunaan secara kosisten. Hasil tidak akan dapat dalam sehari dua mahupun sebulan dua. Lagi-lagi kalau kita mempunya kulit yang bermasalah teruk.

Suka saya ingatkan bahan-bahan yang digunakan oleh shaklee ada natural, selamat dan berkesan. Kalau ianya berkesan dengan cepat ianya tidak berlaku secara natural dan paling ditakuti menggunakan bahan kimia yang akan memudaratkan. 

Kesimpulannya pilih produk yang ada boleh yakini 100% selamat. Ianya tidak semata-mata untuk cantik luaran tapi sihat dari dalam. Teringat kembali kata-kata nutrition 
kalau kita mahukan pokok yang sihat daun yang hijau kita perlu menyiram air dan baja pada akarnya. Bukannya kita spray atau warnakan daun dengan pewarna hijau.
Begitulah juga dengan kulit muka manusia. Kita perlu merawat dari dalam bukannya dengan menyapu cream, bedak atau menutupi dengan makeup yang tebal untuk menjadikan wajah kita cantik.

Saya yakin dengan produk shaklee yang menggunakan bahan organik. Mungkin banyak pilihan pada produk lain yang menggunakan bahan organik tapi apa yang membuatkan saya terus jatuh hati dengan shaklee adalah   kerana Shaklee sentiasa membuat R&D (research and development). Saya rasa ramai yang tahu kepentingan  R&D terutama bagi mereka yang selalu membuat kertas kajian ataupun membaca jurnal. Jika produk yang dibangunkan tanpa R&D ianya tidak menjanjikan apa-apa.

________________________________________
Pengguna Tegar Shaklee
Hana |0126493489


2 Feb 2013

Family Wellness Set

Ini adalah set asas kesihatan yang memenuhi keperluan asas nutrian anda dan keluarga 


ESP Soy Protein Isolate Powder
Ianya adalah non-GMO (genetically modified organism) sumber protin lengkap biologikal yang mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Rendah lemak dan bebas kolestrol.

Vitalea Iron Formula
Formula istimewa bagi memenuhi keperluan dewasa dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

B-Complex
Menawarkan keseimbangan sempurna kesemua lapan vitamin B untuk mengukuhkan badan anda.

Chewable Vita-C Plus
Setiap tablet menyampaikan 100 mg vitamin c dan ditambah dengan bioflavonoids dan rose hips untuk membantu untuk meningkatkan fungsi vitamin c dan mencegah pengoksidaan vitamin c.

Mungkin ramai yang tidak tahu apakah rose hip. Rose hip adalah sejenis tumbuhan herba. Menurut kajian terbaru rose hip membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Rose hip biasanya ditambah dalam vitamin C kerana keupayaannya bertindak sebangai anti radang. sumber : Dailymail.co.uk

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2087820/Daily-dose-rosehip-extract-help-cut-heart-disease-lower-blood-pressure-reduce-cholesterol.html#axzz2Jk52yG19

14 Dec 2012

Mari Berusaha.


SET KESUBURAN DAN CADANGAN SUPPLIMEN

Bagi mereka yang berusaha dan berikhtiar untuk memperolehi zuriat boleh mencuba mengambil supplimen seperti yang di cadangkan.



ISTERI
  • ESP
  • VITALEA (MULTIVITAMIN)
  • B-COMPLEX
  • VITAMIN C
  • ALFAFA (Option jika sakit ketika bersama)
  • GLA

SUAMI
  • ESP
  • VITALEA (MULTIVITAMIN)
  • B-COMPLEX
  • VITAMIN C
  • VITAMIN E
  • ZINC


SUAMI + ISTERI = ESP, VITALEA, B COMPLEX, VIT C (VITAMIN E, ZINC, ALFAFA, GLA)

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee membantu merawat masalah kesuburan ?

Vitamin Asas = Vitalea, B Complex dan Vitamin C

Vitalea
untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B-complex
Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

Vitamin C
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Vitamin Kesuburan = Vitamin E, Zinc, Alfafa

Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Zinc
Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Selepas mengambil supplemen ini, mungkin ada yang merasakan kesan yang cepat dan mungkin juga tidak. Bergantung kepada individu itu sendiri. Anda perlu tahu Vitamin-vitamin ini mengambil masa sekurang-kurangnya 90hari untuk membaiki sel-sel.

Ketika anda berikhtiar mengambil supplemen ini, perbanyakkan juga amalan rohani seperti berzikir dan solat hajat. InsyaAllah akan berhasil dengan izin Allah. Bukanlah dengan ambil supplemen ini pasti anda akan mendapat zuriat. 

Kita hanya merancang dan berusaha. Allah jua lah yang menentukannya.

Marilah bersama-sama berusaha..

Hana Syed | 0126493489


© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno