Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

6 Mar 2013

KALSIUM DAN VITAMIN D MENGAHALANG TULANG RAPUH


KEPENTINGAN KALSIUM

Kalsium menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam
  • pengawalaturan pengecutan otot, 
  • pembekuan darah dan fungsi saraf
SUMBER KALSIUM

Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah
  • ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, 
  • kacang dan kekacang seperti dal kuning, 
  • brokoli, kangkung dan kai-lan 
  • produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.


Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang
  1. Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. 
  2. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna
  3. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. 

MANA NAK DAPAT VITAMIN D
  • Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit.
  • Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.
sumber: Nestle Malaysia

No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno