Semalam aku menerima berita kematian sahabat iaitu rakan kelas di Convent Sitiawan dulu. akudapat tau pun selepas buka fb lebih kurang jam 5.30ptg. seharian sibuk dengan MQA so memang tidak sempat lansung nak online. Nor Hayati rakan yang sangat prihatin menelefon juga untuk memberitahu hal ini.
Sebenarnya, masa baca berita itu, aku terkedu. Tak tahu apa yg perlu aku lakukan selain daripada sedekahkan alfatihah. Aku termenung dlm kereta sedangkan en suami memandu. Kalau lah aku boleh balik ke Manjung segera mesti aku akan balik. Untuk memberi penghormatan terakhir untuk arwah. Aku kesal kerana tidak hadir majlis perkahwinannya dan semalam aku tak dapat nak hadir untuk pengebumiannya. Aku hanya mampu berdoa semoga beliau dicucuri rahmat.
Aku sempat juga bersembang dengan seorang rakan, Huda. Mungkin inilah yang terbaik untuk arwah. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Semoga kesakitan yang arwah hadapi mendapat balasan yang setimpal.
Al-Fatihah untuk arwah Nor Haniyah..
Dalam hati terdetik, kalau aku mati adakah kawan2 yang akan menziarahi, adakah orang akan mendoakan aku, tapi aku tak peduli semua itu. Aku harus sentiasa bersedia. Cukup bersedia kah?? Aku mohon ampun segala dosa terdahulu dan kemudian, halalkan segala makan dan minum. Kita semua pun akan menyusul juga samada cepat atau pun lambat. Aku harap aku dapat lunaskan hutang aku di dunia. Kalau sesiapa rasa aku ada berhutang dengannya tuntutlah segera sementara aku masih hidup dan mampu utk membayarnya.
p/s: Rindu sahabat baik yang meninggal dunia tanpa sempat aku berjumpa dengannya al-fatihah utk arwah Azam Abd Aziz.
No comments:
Post a Comment