Apakah Gout?
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
•Serangan akut (tiba-tiba).
•Serangan kronik yang berpanjangan.
Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
Ubat-ubatan atau pemakanan yang perlu diamalkan:
Habbatus Sauda Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
Makanan Beralkali seperti spirulina, alga biru-hijau.
Jus tembikai.
Timun mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik
Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid urik yang lebih tinggi dalam darah selepas pengambilan HabbatusSauda' ?
Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid urik yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Habbatus Sauda' sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid urik dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid urik dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid urik dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.
terima kasih wani sharing info ini.
2 comments:
Sy ada belajar, gout terjadi sebab amount uric acid yg tinggi dalam darah..
Teana Tna memang betul asid uric tinggi dalam pastu dia akan membentuk kristal di sendi2.. tu pasal org sakit gout sakit bila berjalan..
Post a Comment