Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

2 Feb 2014

Apakah Metabolisme??

Hari ini seperti biasa nak 'share knowledge' bersama pembaca berkenaan metabolisma.






Supaya lepas ini you all tidak lagi tersalah faham mengenai metabolisma. Maklumlah pelbagai 'fakta' mengenai metabolisma dicanang hebatnya di facebook.

Ok, jom kita pergi satu per satu mengenai metabolisma:

1) Sejauh manakah kecekapan badan anda menukar makronutrien kepada tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses pembakaran kalori. lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi dari wanita. So lelaki mempunyai keupayan membakar kalori lebih tinggi dari wanita.

2) Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun andansedang tidur. Ini bermakna proses pembakaran kalori berlaku setiap detik.

3) Sel otot membakar lebih kalori dari sel lemak. 2.2kg otot dapat membakar kalori sebanyak 3kali ganda lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini menunjukkan workout dapat membantu anda membakar lebih kalori.

4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan seseorang minum 8 gelas air kosong sehari dapat membakar lebih kalori berbanding orang yang minum 4 gelas sehari.

5) Vitamin B Komplek dapat membantu sel meningkatkan metabolisma. Dalam kebanyakkan minuman bertenaga, unsur dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda meningkatkan metabolisma. (Semestinya saya mengambil Bcomplex shaklee) :)

6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. Kajian menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.

7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolisma diri. 3 makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan 2 hidangan kecil antara makanan utama.

8) Protein lebih sukar dicernakan berbanding karbohidrat dan lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi dapat meningkatkan metabolisma badan.

9) Elakkan 'crash diet'...crash diet adalah diet yang diambil kurang dari 1000kcal sehari. Ia memang berjaya menurunkan berat badan namun penurunan itu berpunca dari jisim otot. Ia akan menurunkan kadar metabolisma diri anda. Seterusnya anda mudah mengalami peningkatan berat badan kembali jika terlebih mengambil kalori.

10) Cara terbaik meningkatkan metabolisma adalah membuat aktiviti yang membakar kalori. Bina otot dengan workout dan kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak pergerakkan anda,lagi tinggi pembakaran kalori diri anda.

Cukuplah 10 fakta berkaitan metabolisma saya share bersama anda pada hari ini.Di lain hari jika ada maklumat terbaru saya akan share bersama anda lagi. 
sumber Hafiz Wasa, B Pharm (Hons) USM,Pharmacy Weight Loss Trainer













No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno