Kemarin result UPSR dah keluar. Seperti biasa semua sibuk nak amik tahu siapa ada anknya or sedara mara ambil UPSR. Hana tak nak lah kepochi sangat. Bab keputusan peperiksaan UPSR ke PMR ke SPM ke malas nak tanya. Kalau excellent maknya dah sibuk canang dah kat whatsapp group tak pun update status kat FB da. Kalau senyap tu ko faham2 jelah. Maknanya result tak seperti yg diharapkan. Dan Hana memilih untuk tidak bertanya melainkan wait and see.
Bab cousin2 punya result memang malas nak ambil port. Dari dulu lagi depa tu semua pun straight A's. Nak tanya kita punya adik beradik result bukan la bagus mana pun.
Pepun tetap nak ucap tahniah kat semua yang ambil UPSR tak kira apa pun jua keputusannya. Frankly speaking, Hana pun bukanlah pelajar cemerlang pun. Hana nak share perjalanan persekolahan yang so so je.
UPSR >> 2A2B
PMR>> 6A2B
SPM>>5A, 1C,3D (3D tu Fizik, Kimia, Add Math)
Dengan result macam tu Hana dapat tawaran Diploma ke politeknik tapi Hana masuk koleh swasta Kolej Shahputra buat Diploma Sains Komputer (UPM). Pilih swasta sebab nak masuk politeknik tak mampu. Nanti Hana cerita kenapa dalam entry lain.
So dengan UPSR macam tu lepas la masuk form 1. Tapi dulu nak tentukan masuk kelas kena reseat exam bukan berdasarkan keputusan UPSR. Hana dapat kelas kedua daripada 8 kelas tingkatan satu zaman tu.
Result PMR cam gitu lepas la masuk science stream. Dulu tak faham dan tak tahu kenapa aku kena masuk aliran sains. Kalau buat aliran lain mesti result lagi ok. kakak aku la insist sgt suh buat sains. Sebab adik beradik semua science stream.
Dgn result SPM dapatla sambung diploma. Ramai kawan kelas sambg matrikulasi. Hana sempat la masuk kelas form 6 2 bulan kot. Pastu blah..
Result diploma tak excellent pun tapi layak la dapat waived bayaran Mara dan layak sambung degree. Sambung degree di UTHM buat IT. Still result lepas la nak minta biasiswa SLTP dan aku grad dengan 2nd class.
Alhamdulillah Hana tak menganggur lama. Belum grad dah keje. Selepas konvo 3-4 bulan dapat panggilan menjadi pensyarah Politeknik.
Kini tahun ke4 berkhidmat di politeknik. Dan dengan result tu juga Hana sambg buat Master Pendidikan secara separuh masa.
See, jaminan bekerja atau sambg belajar bukan begantung pada result. Tapi usaha kita dan bagaimana kita belajar. Pelajar cemerlang MRSM pun duk satu ofis dgn Hana. Rezeki kita Allah yang tentukan. Kita cuma perlu berusaha sebaik mungkin. Jika tak dapat yang terbaik Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Pesan Hana pada anak-anak buah dan pelajar, hormati ibu bapa, dahulukan ibu bapa dalam semua perkara insya Allah urusan kita mudah. Itu je Hana pegang dari dulu. Alhamdulillah wlpn tak cemerlang dalam pelajaran sekdara lepas syarat je, Hana boleh berada di sini.
Dulu add math pun D tapi sekarang Hana yang mengajar Engineering Mathematics. Kalau Allah nak bagi kefahaman tu mudah je.
Jadi ibu bapa pun tak payah nak paksa2 anak masuk sekolah asrama bagai. Kemudahan sekolah hari ini setanding dengan kemudahan di asrama. Bukan macam zaman dulu. Malahan di sekolah biasa anak yang layak pergi asrama ni boleh perform lebih cemerlang sebab confident level lebih tinggi.
Cukup-cukupla dengan attitude kita yang suka nak menunjuk-nunjuk dengan orang lain. Tak perlu nak tanya2 anak org. Kesian kat anak kita.
Sekian,
4 comments:
assalam hana...result exam hana sgt baik dulu2 lbh kurang result anak mcik juga...sempat masuk form six kmdian ke politknik n sambung degree uitm...la ni jadi arkitek biasa jer...sgt betul kata hana result exam anak2 ni bukan penenu masa depan juga jika xdisertai dgn usha kuat...mcik nk inform novel seliratan cinta bab 2 dh diupdate...hana jemput singgah blog karyaku ya..
salam,nanti hana visit baca sambungan
jgm terlalu bebankan ank2 sian diorg...
my kakak x de paksa anak dlm bab belajar . cuma pastikan mrk buat homework mrk ...
Post a Comment