Hentikan Anak Menangis Malam
Kawan saya ni alami perkara ni juga.
Anak menangis malam berbulan-bulan lamanya di tengah malam.
.
Tanpa sedar, anak kecil yang boleh melihat alam ghaib ni akan diganggu oleh jin yang 'sukakannya'.
Jin ni perangainya kalau dia suka, dia akan 'mengusik'. Kalau dia tak suka kita, dia takkan ganggu.
Pelik? Jin memang makhluk pelik :)
Amaran: Kalau tak ubati dari awal. Nanti bila dah besar, lagi susah nak ubatkan.
.
Walaupun 1 group bisnes dan rumah takla jauh mana, tapi maknya tak pernah cerita pun kat saya.
Cuma terluah dalam group 2 minggu lepas. Macam-macam jenis bomoh dan 'ustaz' datang. Duit 'upah' habis bukan sikit.
Alhamdulillah sekarang sihat sejahtera. Berkat perubatan Islam dengan ayat-ayat Quran je. Bukan berkat saya tau :)
.
Saya nak ajar ni supaya anda tak perlu panggil saya nanti. Saya tahu dah perangai korang ni :)
+ Selepas Maghrib seeloknya. Letak anak kecil anda atas riba.
+ Peluk dari belakang dan pastikan mulut anda berada di atas kepalanya. Pelukan buat anak rasa selamat.
+ Niat dan sebut (perlahan atau kuat),
"Apabila aku selesai baca ayat-ayat Allah ini, hendaklah engkau wahai jin tinggalkan jasad, roh dan semangat anak ini. Jika engkau degil, nescaya engkau akan dihukum dengan azab yang sangat berat."
+ Baca
- Surah Fatihah 3x.
- Ayat Kursi 3x.
- Qul Ya 3x
- 3 Qul 3x setiap satu surah.
+ Setiap kali selesai baca surah, hembuskan perlahan-lahan dalam satu nafas sampai abis nafas tu pada ubun-ubun anak kita. Jangan hembus kuat-kuat ye. Itu perangai tok bomoh. :)
+ Lepas tu buka pintu rumah. Sebut,"Aku akan azankan rumah ini dan aku mohon perlindungan Allah terhadap rumah ini dari segala jenis jin yang berniat jahat terhadap ahli rumah ni. Sekiranya kamu telah ada di rumah ini, keluarlah dari pintu yang terbuka ini semuanya apabila azan ini bermula."
+ Azan di tengah rumah 7x.
+ Buat 3/5/7 malam berturut-turut.
# So, bila boleh buat sendiri. Duit tu simpan, buat modal beli emas dengan saya nanti, ok? :)
Selamat beramal.
Credit fb: Ahmad Taufiq
1 comment:
Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog saya iya seo dan
saya sudah follow blog anda #132
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya
Post a Comment