Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.

14 May 2013

Vivix


Artikal mengenai vivix pernah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia
Petikan daripada Utusan keluaran 2 Ogos 2010
Ini apa yang utusan tulis..

Cuba renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilingkari garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka. Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing. Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.

Ada juga yang mengambil makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.
Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadisememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku.Meskipun penuaan satu proses semulajadi, mengapa manusia menjadi tua dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.
Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sudah diprogramkan. misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program ginetik.Contohnya sel 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin didalam persekitaran atau pemakanan.Toksin yang dapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resvertol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meninggkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunkan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.

Cabaran revolusi dalam menangani penuaan sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.

Ketua pegawai Eksekutif Shaklee corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan inovasi vivix."Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadapat empat punca mekanisme penuaan sel"' katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel, dan memperlahankan proses penuaan.

Cuba bayangkan, makanan tambahan anti penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan mekanisme utama resveratol tunggal.

"Pada masa resveratol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani integriti dan hayat sel", katanya.

Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.

Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.
Buat masa ini Vivix keluaran Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Apakah resveratol?

Resveratol merupakan phytoalexin yang dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa tumbuhan apabila diserang patogen seperti bakteria atau fungi.Kesan resveratol pada jangka hayat beberapa organisma masih dalam kajian seperti pada lalat buah dan cacing nematod.Dalam kajian melibatkan tikus makmal, resveratol dilaporkan dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan memberikan kesan yang baik kepada kardiovaskular.Resveratol ditemui pada kulit anggur merah dan boleh juga dihasilkan secara sistesis kimia.

No comments:

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno